Ming-Na Wen
Ming-Na Wen

Ming-Na Wen

Ming-Na Wen (Bahasa Cina: 溫明娜; pinyin: Wēn Míngnà; lahir 20 November 1963) merupakan seorang pelakon wanita Cina Amerika. (Beliau telah dikreditkan dengan dan tanpa nama keluarganya "Wen", tetapi kebanyakan kredit sejak akhir 1990-an tanpanya. Beliau telah dikenali dengan pelbagai namanya seperti Ming-Na, Ming Na, Ming Na Wen dan Ming Wen.) Beliau dikenali kerana meminjamkan suaranya untuk watak Fa Mulan, salah satu Puteri Disney, dalam filem Mulan dan Mulan II, permainan video Kingdom Hearts II, dan baru-baru ini muncul sebagai penampilan istimewa dalam siri animas Disney Sofia the First.Wen juga terkenal dengan peranannya sebagai Dr. Jing-Mei "Deb" Chen dalam siri drama perubatan ER. Beliau merupakan pelakon utama siri Inconceivable, drama perubatan yang disiarkan di NBC, tetapi tidak bertahan lama. Rancangan ini adalah salah satu daripada beberapa rancangan televisyen Amerika dengan siri utama Amerika Asia. Beliau juga dikenali kerana peranan utama siri animasi The Batman dan siri cereka sains Stargate Universe. Sejak 2013, beliau membintangi sebagai Melinda May dalam siri drama ABC Agents of S.H.I.E.L.D. Selain televisyen, beliau juga terkenal membintangi filem seperti The Joy Luck Club, Street Fighter, dan Final Fantasy: The Spirits Within.

Ming-Na Wen

Pekerjaan Pelakon
Ibu bapa Soo Lim Yee (bapa tiri)
Lin Chan Wen (ibu)
Pasangan Kirk Aanes (k. 1990; c. 1993)
Eric Michael Zee (k. 1995)
Anak 2
Tahun aktif 1985–kini
Nama lain Ming-Na, Ming Na, Ming Na Wen, Ming Wen
Karya terkenal Meminjamkan suara Fa Mulan dalam filem animasi Disney Mulan (1998) dan kesinambungannya
Pendidikan Universiti Carnegie Mellon
Kelahiran (1963-11-20) 20 November 1963 (umur 56)
Coloane, Portugis Macau
Kediaman Los Angeles, California, A.S.